Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya �C BUAT SAHAJA.Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.
Friday, November 28, 2008
TINDAKAN.

FIKIR-FIKIRKAN..
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja �C apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri �� ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini��.Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis ��SIKAP��. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan ��Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !��. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.
Sunday, November 23, 2008
WANG

WANG...
Bolehlah di simpulkan disini peranan duit adalah begitu penting dalam usaha melakukan sesuatu perkara. Mengapa KOPERASI???... dengan nilai modal yang sedikit daripada setiap rakan-rakan yang telah saya kenal dan mungkin tahu serba sedikit hati budi dapatlah kiranya kita bersama-sama berfikiran jauh dan buka minda bagi menjana pendapatan sampingan serta bersama kita menabung bagi tujuan membantu sesama kita dimasa kesulitan. Pelbagai kebaikan dan feadah yang boleh kita sesama fikirkan dalam membentuk badan koperasi ini bagi satu jangkamasa pendek mahupun panjang. Sekali lagi saya berharap cadangan penubuhan KOPERASI ini dapatlah di realisasikan bersama-sama। insyallah.....
Segala cadangan dan gambaran koperasi yang dicadangkan oleh saya adalah satu bentuk cadangan yang boleh di fikirkan dan di halusi oleh semua pihak. Jika mendapat sokongan dan persetujuan dari ramai pihak, satu jawatankuasa penaja akan dibentuk bagi memulakan peroses permulaan penubuhan. Segala komen dari anda semua adalah dialu-alukan dan anda tau bagaiman menhubungi saya. Sekian Terima Kasih.