KOPERASI
Sebuah pertubuhan sosio ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan anggota-anggotanya.
KOPERASI ASAS
Pertubuhan yang dianggotai oleh 100 org atau lebih orang individu sahaja dan matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi (Seksyen 4(1) dan 5(1)(a) Akta Koperasi 1993.
PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
Mengikut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
a. Keanggotaan sukarela dan terbuka.
b. Pengurusan yang demokratik.
c. Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota.
d. Pembahagian keuntungan sama rata.
e. Penggalakan pendidikan koperasi.
f. Bekerjasama dan aktif dikalangan koperasi-koperasi berdaftar.
CADANGAN PENUBUHAN..... KOPERASI GRADUAN UiTM SEGAMAT JOHOR
Cadangan penubuhan koperasi ini bertujuan menjana pendapatan sampingan dengan perkongsian modal yang berpatutan dikalangan rakan-rakan lama. Ikatan persahabatan yang telah terjalin akan lebih bermakna jika perkongsian ini dapat di sempurnakan dan semua suka duka perjalanan hidup akan dapat dikongsi bersama dalam mencapai matlamat yang disasarkan. Dengan penubuhan koperasi ini segala kepakaran dan kepandaian semua rakan-rakan dapat dikongsikan bersama dan dimanfaatkan bersama demi masa depan kita dan anak-anak kita akan datang. Pelbagai aktiviti perniagaan yang boleh dilakukan dengan modal yang terkumpul. Keuntungan yang disasarkan akan lebih utamakan kepada tabung pendidikan anak-anak kita akan datang dan juga menjaga segala kebajikan peserta amnya. Kemajuan dan kejayaaan anak-anak kita dimasa hadapan adalah bergantung penuh di bahu kita sekarang. Di harapkan dengan cadangan penubuhan koperasi ini kita dapat mengorak selangkah dalam mengejar kejayaan yang di idamkan. Segala hala tuju dan bentuk cadangan awal bolehlah saudara sekalian melayari blog ini supaya ianya akan membuka minda dan boleh difikir-fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment