Friday, November 28, 2008

TINDAKAN.

AMBIL TINDAKAN
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya �C BUAT SAHAJA.Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

FIKIR-FIKIRKAN..

SIKAP
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja �C apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri �� ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini��.Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis ��SIKAP��. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan ��Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !��. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

Sunday, November 23, 2008

WANG






WANG...


Bolehlah di simpulkan disini peranan duit adalah begitu penting dalam usaha melakukan sesuatu perkara. Mengapa KOPERASI???... dengan nilai modal yang sedikit daripada setiap rakan-rakan yang telah saya kenal dan mungkin tahu serba sedikit hati budi dapatlah kiranya kita bersama-sama berfikiran jauh dan buka minda bagi menjana pendapatan sampingan serta bersama kita menabung bagi tujuan membantu sesama kita dimasa kesulitan. Pelbagai kebaikan dan feadah yang boleh kita sesama fikirkan dalam membentuk badan koperasi ini bagi satu jangkamasa pendek mahupun panjang. Sekali lagi saya berharap cadangan penubuhan KOPERASI ini dapatlah di realisasikan bersama-sama। insyallah.....


Segala cadangan dan gambaran koperasi yang dicadangkan oleh saya adalah satu bentuk cadangan yang boleh di fikirkan dan di halusi oleh semua pihak. Jika mendapat sokongan dan persetujuan dari ramai pihak, satu jawatankuasa penaja akan dibentuk bagi memulakan peroses permulaan penubuhan. Segala komen dari anda semua adalah dialu-alukan dan anda tau bagaiman menhubungi saya. Sekian Terima Kasih.


AGRO RESORT


ANJUNG RESORT....gambar hiasan

AGRO RESORT

Suasana kampung... gambar hiasan..

AGRO RESORT


AGRO RESORT 2..impian bersama..

AGRO RESORT

AGRO RESORT..jangkamasa yang panjang...

TERNAKAN LEMBU



...LEMBU FIDLOT....salah satu bidang agro yang boleh diterokai..ternak untuk daging..cukup 100 hari semuanya di sembelih untuk ambil daging...

PENTERNAKAN LEMBU



LEMBU FIDLOT....lembu ini di ternak dalam kandang dan ianya berbeza cara dibandingkan dengan lembu kampung. Lembu ini diternak untuk satu jangka masa tertentu dan diternak secara kontrak. lembu kampung di ternak secara lepas dan meragut rumput yang ada.

KAMBING



KANDANG KAMBING...

KAMBING


KAMBING BOER...

KAMBING

TERNAKAN...KAMBING BOER..pasaran yang baik

....terdapat pelbagai bidang pertanian yang boleh diterokai dan di usahakan serta banyak jabatan-jabatan kerajaan yang boleh menolong kita untuk maju...tepuk dada tanya hati....
SELINGAN.....

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam. Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

"Oh, Ianya terlalu sukar!"
"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"
"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.
Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.
Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:
Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!

CENDAWAN


CENDAWAN 2.. pembiakan cendawan juga mempunyai pasaran yang baik dan senang untuk di lakukkan.

CENDAWAN


..media cendawan baru untuk mengeluarkan hasil dari beg...penghasilan cendawan mengambil masa lebih kurang 60 hari dari tarikh pembenihan. Setiap bongkah media boleh digunakan selama 6 - 8 minggu pengeluaran hasil. Hasil boleh di petik setiap 10 hari berselang seli..

CENDAWAN


CENDAWAN.. bungkah media cendawan di susun rapi di rak-rak di rumah hasil. Cendawan memerlukan persekitaran yang bersih dalam menjalankan aktiviti pembiakan. Pasaran hasil cendawan semasa lebih kurang Rm 5 - Rm 10.

SERAI



LADANG SERAI...seekar keluasan ladang boleh menghasilkan 10 - 15 tan hasil tuaian.

SERAI



TANAMAN SERAI...penanaman serai mengambil masa 6 bulan untuk pengambilan hasil. Jumlah keuntungan Seekar keluasan lebih kurang Rm 5k - Rm8k bergantung cara penjagaan dan baja yang digunakan.

CILI



hasil...hasil cili dipasaran dianggarkan Rm5 - Rm15 perkg..

CILI


Sudah matang....cili yang telah matang dan boleh dipetik hasil.

CILI FERTIGASI...

CILI


...tanaman cili (anak benih)

MUARA SUNGAI


GAMBAR 3..Muara sungai di tempat yang sama..nak jadi nelayan pun boleh..

KAWASAN PERTANIAN



GAMBAR 2... Kawasan yang sama..

KAWASAN PERTANIAN


GAMBAR 1..
..salah satu kawasan terbiar... di kampungku... Felda semencu kota tinggi johor..

PERTANIAN ADALAH PERNAIGAAN


....seperti telah telah saya katakan sebelum ini salah satu cabang aktiviti yang boleh dimajukan adalah bidang pertanian dan ternakan. Tanah bagi menjalan aktiviti ini akan diusahakan oleh pihak saya. Kawasan yang difikirkan adalah di negeri Johor..Dearah Kota Tinggi ( terdapat pelbagai kawasan pelancongan...seperti Pantai Desaru, Tanjung Balau dan bermacam nama pantai yang ada...dan juga air terjun kota tinggi).. Keluasan tanah yang boleh dipohon sekitar 10-30 hektar...tanah pertanian. Dengan tertubuhnya koperasi ini saya rasa tiada masalah untuk pihak saya memohon tanah tersebut kerana keluasan tanah terbiar adalah terlalu tinggi di dearah ini..... fikir-fikirlah......

Wednesday, November 19, 2008

AHLI LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA KOPERASI

a. PENGERUSI

b. TIMBALAN PENGERUSI

c. SETIAUSAHA KEHORMAT

d. BENDAHARI KEHORMAT

e. LEMBAGA PENGARAH

f. JAWATAN KUASA UNIT


KEBAIKAN ( yang hanya difikirkan oleh saya)

a. Menjana pendapatan sampingan (jangka masa panjang) dengan modal yang sedikit.
b.Keuntungan yang terjamin kerana setiap aktiviti yang di jalankan dihalusi dan di kaji
terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab.
c. Membentuk sillaturrahim sesama rakan-rakan dan perkenalan akan berpanjangan.
d. Membentuk satu rangkaian /perkongsian maklumat sesama rakan koperasi.
e. Terlibat dengan perniagaan secara tidak langsung tanpa menganggu tugas harian.
f. Kemudahan belian hasil perladangan atau ternakan dengan harga yang berpatutan.
g. Aktiviti riadah di masa cuti..melawat kawasan ladang pertanian dan ternakan.
h. Menolong sesama ahli bagi membentuk perniagaan yang baru dan memasarkan produk
niaga yang sedia ada.
i. Dan bermacam-macam lagi yang boleh difikirkan.


FEADAH-FEADAH TETAP SEBAGAI AHLI KOPERASI (cadangan sahaja)

a. Skim Pembiayaan Pelajaran - kemasukan ke Universiti

b. Skim Kecemerlangan Pelajaran - SPM/PMR/UPSR


c. Pembiayaan Perubatan - RM 2000 - RM3000 sekali seumur hidup

d. Insuran berkelompok

f. Skim Pinjaman jangka pendek (bantuan terdesak)

g. Dividen Tahunan

h. dll yang difikirkan sesuai........

Sekali lagi saya berharap agar rakan-rakan sekalian bukalah minda dan memikirkan seketika cadangan saya ini. Mungkin cadangan ini memerlukan tokok tambah atau buah fikiran anda semua bagi dimolekkan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi...

Firman Allah.... Surah AR-RA'AAD ayat 11.....

" SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA DALAM DIRI MEREKA...."..... insyaallah..

VISI DAN MISI



CADANGAN ...

.....VISI.....

MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERPANDANGAN JAUH, DINAMIK, BERDAYA SAING DAN MAJU KEHADAPAN DEMI MASA DEPAN ANAK BANGSA.

....MISI....

MEMANFAATKAN SEGALA SUMBER SECARA PRODUKTIF, BERHEMAH DAN STRATEGIK BAGI MENGHASILKAN KEUNTUNGAN YANG BERKAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI YANG TERKINI DIDALAM SEGALA AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DI USAHAKAN.

Cadangan keanggotaan ahli : 100 - 200 ahli

Pendaftaraan keahliaan : RM 20.00

Pendaftaraan unit saham : RM500 - RM1000 per unit.

Aktiviti perniagaan yang dicadangkan..

1.AGRO PELANCONGAN ( bidang kepakaran saya)

i.(PERLADANGAN)

a. Tanaman cili gred Kulai..(fertigasi)

b. Tamanan Serai

c. Tanaman Jagung manis.

d. dan lain-lain yang difikirkan sesuai dan menguntungkan.

ii.(PENTERNAKAN)

a. Lembu

b. Kambing

c. ayam daging atau kampung

d. ikan air tawar..ikan keli, talapia dll

e. lintah

f. Cacing dll....

iii.RESORT

Jangka masa panjang....

2. PELABURAN JANGKAMASA PENDEK & PANJANG

Memerlukan kepakaran....

3. dan lain-lain yang difikirkan...


CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI

KOPERASI

Sebuah pertubuhan sosio ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan anggota-anggotanya.

KOPERASI ASAS

Pertubuhan yang dianggotai oleh 100 org atau lebih orang individu sahaja dan matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi (Seksyen 4(1) dan 5(1)(a) Akta Koperasi 1993.

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
Mengikut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993.

a. Keanggotaan sukarela dan terbuka.
b. Pengurusan yang demokratik.
c. Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota.
d. Pembahagian keuntungan sama rata.
e. Penggalakan pendidikan koperasi.
f. Bekerjasama dan aktif dikalangan koperasi-koperasi berdaftar.


CADANGAN PENUBUHAN..... KOPERASI GRADUAN UiTM SEGAMAT JOHOR

Cadangan penubuhan koperasi ini bertujuan menjana pendapatan sampingan dengan perkongsian modal yang berpatutan dikalangan rakan-rakan lama. Ikatan persahabatan yang telah terjalin akan lebih bermakna jika perkongsian ini dapat di sempurnakan dan semua suka duka perjalanan hidup akan dapat dikongsi bersama dalam mencapai matlamat yang disasarkan. Dengan penubuhan koperasi ini segala kepakaran dan kepandaian semua rakan-rakan dapat dikongsikan bersama dan dimanfaatkan bersama demi masa depan kita dan anak-anak kita akan datang. Pelbagai aktiviti perniagaan yang boleh dilakukan dengan modal yang terkumpul. Keuntungan yang disasarkan akan lebih utamakan kepada tabung pendidikan anak-anak kita akan datang dan juga menjaga segala kebajikan peserta amnya. Kemajuan dan kejayaaan anak-anak kita dimasa hadapan adalah bergantung penuh di bahu kita sekarang. Di harapkan dengan cadangan penubuhan koperasi ini kita dapat mengorak selangkah dalam mengejar kejayaan yang di idamkan. Segala hala tuju dan bentuk cadangan awal bolehlah saudara sekalian melayari blog ini supaya ianya akan membuka minda dan boleh difikir-fikirkan.